Cerita Suku Masai
Sudah pernah mendengar cerita tentang Suku Masai?
Bagi yang belum tahu, suku Masai itu merupakan salah satu suku asli di benua Afrika. Sudah menjadi tradisi bagi suku Masai untuk melakukan Tarian untuk memanggil Hujan, saat kemarau panjang mulai datang. Sebuah kumpulan kecil suku Masai dipercayai selalu sukses memanggil hujan saat mereka melakukan ritual tarian. Kejayaan ini, mencetuskan rasa ingin tahu pelbagai pihak, termasuk sekumpulan saintis.
Pendek kata, kumpulan saintis ini melakukan kajian mendalam terhadap kelompok kecil suku ini, dan membandingkannya dengan kumpulan. Hasil yang mereka dapat adalah semua yang ritual yang dilakukan kumpulan ini sama.
Pakaian yang sama.
Aksesoris yang sama.
Tarian dan gerakan (mungkin mantra) yang sama.
Musik pengiring yang sama.
Penelitian terus berlanjut, hingga mereka mencari perbezaannya.
Kelompok kecil Suku Masai ini, melakukan ritual Tarian Pemanggil Hujan-nya tanpa henti hingga hujan turun, berapapun lama-nya waktu yang mereka habiskan. Mereka tidak akan berhenti menari, hingga hujan turun.
Luar biasa ya, teman-teman ...
Cerita ini saya dapat ketika menghadiri d'Retro (training biasa dBC Network)
Apa hubungannya dengan perniagaan Oriflame? Atau mungkin semua perniagaan pada umumnya?
Setiap kita melakukan sesuatu, pasti kita akan mendapat cabaran. Ringan, berat, mudah, sukar, pasti cabaran itu selalu datang silih berganti.
Yang membezakan berjaya dan gagal, hanyalah bagaimana cara kita menghadapi cabaran.
Kita menghadapi cabaran dan menaklukkannya.
Atau justeru kita menyerah kalah, dan ditakluk oleh cabaran itu sendiri.
Semua pilihan ada di tangan kita.
Ingin menari terus menghadapi cabaran seperti suku Masai memanggil hujan?
Atau membiar cabaran merebut impian kita.
Tulisan lain:
Tags: Artikel Motivasi , perniagaan online , cerita motivasi , dBC Network , hidup berjaya , kata-kata motivasi , kita berjaya , motivasi hidup , peluang perniagaan , suku masai , tips sukses .








